Jarang sekali nk update pasal rumah, tp selalunya aku mengadap komputer mesti walk blogin pasal rumah. Sekarang tengah wat renovation kecil-kecilan kat wet kitchen konsep terbuka. Pelikkan, konsep terbuka..hehehe.. konsep terbuka tu maksudnya open style, tak konkrit habis belakang rumah, buat separuh jer, pastu silang dengan kayu2, bior angin and matahari masuk. ape pun ada letak bidai sbb risau org blkg rumah skodeng tgk kita buat aper, n nak cover aurat jugak, terpaksala letak bidai kayu.
Leceh betul masak dalam rumah kat dry kitchen. Sayang betul nak guna dapur dalam..huhuhuhu.. Buat renovation kecik jer tp makan ribu2 jugak..huhuhu..duit mengalir mcm air.. tension..Upah indon, barang beli sendiri, biasanya kitaorg dah ada sorg wak tu yg dah biasa buat rumah dgn kitorg, tp memandangkan dia busy sebab ada banglo yang dia kena siapkan, tepaksa la upah org lain. Tp mahal byk dr wak ni, terpaksa la jugak.
Sambil tu, penukaran beberapa lampu utama rumah ke lampu energy saver LED..pun berlubang pocket..Lampu LED mahai nk mampus, tp bila difikir utk jangka masa panjang dan juga disebabkan Tahun 2014, tahun brg naik, elektrik naik, terpaksala berkorban. Tukar bulb jer pun, tp xapa lah, buat cikit2 dulu, tukar slow2 kan.
Beli lampu kat tempat paling favourite oleh bloggers iaitu di House of Lighting Puchong. Dulu pun memang beli semua kat cni, segala mak bapak lampu and kipas ada kat cni, bila compare dengan kedai2 lain, memang cni la termurah bagi yang nk berjimat mcm kami.
Nak tau House of Lighting tu kat ner, korang google la sendiri, sbb ramai org bercerita pasal kedai ni.hehehe
Ok next week nak gi Saigon plak... busy3x, pas tu anak nak sekolah plak. terpaksa korban minggu pertama sekolah anak..hemm..larat ker aku nak jalan ni, dah masuk 28weeks dah nie.. ape2 pun kena semangat sbb nak shopping kain telekung, jubah2, baju anak2, n maybe kain ckit... hadoii.. duit lagi.. tp xpa..berdoa rezeki anak2. takkan terkurang sedikit pun.. asalkan anak2 happy..sonoknya..
Salam cik embun...maaf lambat respon pertanyaan pasal motohome tu.
ReplyDeleteBole kita berbalas emel?lg mudah dan cepat utk sya respon.hehehe
bibi_vigo@yahoo.com.my