Monday, 30 December 2013

Make Up Wet Kitchen konsep Terbuka and Power Saver LED

Jarang sekali nk update pasal rumah, tp selalunya aku mengadap komputer mesti walk blogin pasal rumah. Sekarang tengah wat renovation kecil-kecilan kat wet kitchen konsep terbuka. Pelikkan, konsep terbuka..hehehe.. konsep terbuka tu maksudnya open style, tak konkrit habis belakang rumah, buat separuh jer, pastu silang dengan kayu2, bior angin and matahari masuk. ape pun ada letak bidai sbb risau org blkg rumah skodeng tgk kita buat aper, n nak cover aurat jugak, terpaksala letak bidai kayu.

Leceh betul masak dalam rumah kat dry kitchen. Sayang betul nak guna dapur dalam..huhuhuhu.. Buat renovation kecik jer tp makan ribu2 jugak..huhuhu..duit mengalir mcm air.. tension..Upah indon, barang beli sendiri, biasanya kitaorg dah ada sorg wak tu yg dah biasa buat rumah dgn kitorg, tp memandangkan dia busy sebab ada banglo yang dia kena siapkan, tepaksa la upah org lain. Tp mahal byk dr wak ni, terpaksa la jugak. 

Sambil tu, penukaran beberapa lampu utama rumah ke lampu energy saver LED..pun berlubang pocket..Lampu LED mahai nk mampus, tp bila difikir utk jangka masa panjang dan juga disebabkan Tahun 2014, tahun brg naik, elektrik naik, terpaksala berkorban. Tukar bulb jer pun, tp xapa lah, buat cikit2 dulu, tukar slow2 kan.

Beli lampu kat tempat paling favourite oleh bloggers iaitu di House of Lighting Puchong. Dulu pun memang beli semua kat cni, segala mak bapak lampu and kipas ada kat cni, bila compare dengan kedai2 lain, memang cni la termurah bagi yang nk berjimat mcm kami.

Nak tau House of Lighting tu kat ner, korang google la sendiri, sbb ramai org bercerita pasal kedai ni.hehehe
Ok next week nak gi Saigon plak... busy3x, pas tu anak nak sekolah plak. terpaksa korban minggu pertama sekolah anak..hemm..larat ker aku nak jalan ni, dah masuk 28weeks dah nie.. ape2 pun kena semangat sbb nak shopping kain telekung, jubah2, baju anak2, n maybe kain ckit... hadoii.. duit lagi.. tp xpa..berdoa rezeki anak2. takkan terkurang sedikit pun.. asalkan anak2 happy..sonoknya.. 

Tuesday, 3 December 2013

Saigon Here We Come

Lama jugak tak jenguk blog ni...Mcm malas pun ada.. tapi nak update la ckit2 kan.
By this early Januari 2014, kitaorg plan satu family nak gi Saigon plak.. 1st of all saje nak jalan2, sambil jalan2 tu beli barang2 la..Hotel tak booked sbb kitaorg plan nak walk in jer. Lagipun sebenarnya Booking.com and Agoda.com lagi mahal dr harga asal. Jgan tertipu dengan harga yg ditawarkan. Kalau dekat2 mcm Saigon ni xpayahla gedik2 nk booking online, walk in pun dah ok, lagipun kitaorg pegi time sekolah dah, and hotel di saigon ni berlambak. Kalau cuti sekolah pun, boleh walk in, ni kan plak time sekolah kan. Pastu, tak payahla orang amik tour package, buang duit jer. Google maps ada, and study jer.. 
Selamat Bershopping...



Tuesday, 12 November 2013

Future in Progress

Kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan. Insya-Allah tahun hadapan akan ada sorang lagi penyeri rumah. Alhamdullillah, rezeki anugerah Allah yang tidak terhingga. Nampaknya I reached my goal awal. Harapan juga dapat rezeki bab kerja, Insya-Allah kalau ada rezeki anak, mudah-mudahan berjaya. kalau tak dapat pun, tak mengapa.
Sekarang kena slow down sikit sbb byk perkara perlu difokuskan. dengan kerja upgrading sistem di jabatan and kerja-kerja office yang perlu diselesaikan..ape-ape pun yakin boleh..

Thursday, 26 September 2013

Merhaba Istanbul...Kami Datang ...

Alhamdullillah trip ke Istanbul paling best sekali. Syukur ke hadrat Illahi, kami sekeluarga sampai jugak ke bumi Turki dengan Izin-Nya. Seronok tak terhingga sebab boleh bawa anak2 jalan sekali. Memang perasaan, excitement dan kepuasan tak terhingga. So pada sapa2 yang nak melancong ke Istanbul, bawakla ahli keluarga sekali sebab memang seronok bawak anak2 walaupun agak penat tp at then end memang puashati sangat especially bawak anak masuk muzium. Pasti pengalaman kesana terkesan sampai bila-bila. Yang pasti, akan aku pergi lagi ke Istanbul.


Just nak sharing pengalaman ke Istanbul;

1. korang kena check cuaca kat Istanbul at the time of your arrival, kalau 20-27 C, tak perlu la baju2 sejuk, pakai baju2 biasa jer, pakai cardigan pun dah ok kalau rs sejuk. Time ni dengan suhu mcm ni,consider peak season, so memang ramai la manusia. Tp jimat belanja tak perlu beli baju sejuk yang tebal harga Rm ratus2 tu.

2. Kasut, pakai la kasut yang paling comfortable, mahal pun tak apa sbb yang penting selesa sbb korang akan byk berjalan nati. Anak2 pakai kasut sukan yang selesa n ringan pun dah ok.

3. Kalau korang plan nak visit within Istanbul sahaja, aku rekomen stay area near Sultanahmet sebb korang boleh jalan kaki jer ke Hagia Sofyia and Blue Mosque. So kalau korang bosan malam2, anak2 dah tido..korang merayap la sorang2 ke sini.. jalan dalam 5-10 minit jer.. Tram pun berdekatan kalau korang nak gi ke tempat lain.
4. Bab hotel plak terpulang pada korang, if family, aku suggest sgt2 sewa apartment yg serba lengkap sbb senang korang nak masak, panas lauk, buat susu anak, basuh baju (maklumla bawak budak2), masak bubur n so on. So mcm aku, aku sewa apartment, so bole la aku masak sup n nasi himpit/bubur sbb anak2 3 org nak kena suap. Kat Istanbul ada jual nasi (Pilaf/Pilav), tp nasi dia kenyal ala nasi pulut gitu..harga a bit high tp makan tetap makan. 
Aku siap bawak beras dr Malaysia, sbb plan awal2 nak masak utk anak, takut diorg tak lalu makanan luar.

5. Kalau korang buat gerakan solo atau pasangan tanpa anak2, sewa hotel je la.. Lagipun sewa hotel and apartment kat sini is very affordable kalau korang pandai search. 

6.Pasal tour guide or agent:
Totally tak perlu, kalau setakat nak jalan2 dalam Istanbul, i dont think so perlukan agent.. jalan kat Istanbul as easiest abc. Aku yang anak 3 org, ok jer jalan kat Istanbul, sesat ada la tp xda la sesat sampai kelaut.. hahaha... ape2 korang bole tanya jer org, diorg tak reti ckp eng but they are so friendly and akan tunjuk jalan pakai isyarat tngan jer.yang penting korang study Map utk public transport (Tram) n jalan2 di Istanbul. Set destination korang nak p mana n hafal la cikit. Aku tak penah hafal pun, automatik benda tu melekat kat kepala hotak.. sbb excited punya pasal. Bak kata, laluan tram kat Istanbul tu aku bole ingat dah, so memang senang.

7. Kalau korang start jalan2, jgn lupa bawak la cekedis, biskut2 kecik, air mineral, sbb kadang tiba2 jer perut lapar,  street food ada byk, tp harga memang bole tahan bg org yg budget. tp hari2 mkn kebab pun muak jugak ler. dah ler kebab diorg takada mayonis and cili sos. So bawak la siap2 packet sos dengan korang ya. Satu lagi, roti diorg kalau bawak balik rumah dah keras mcm batu, elokla kalau balik apartment ada microwave nak panaskan. kalau tak xpayahla bwk balik..habiskan terus.

8. Souvenir, key chain, pingan mangkuk, perhiasan:
Ok. ni mesti beli bila p mana2 sbb mesti org request ole2kan. So, price kira okla, tak mahal sgt. bole mampu beli lagi. sbb aku pegi hari tu pun byk gak beli, baju ada dekat 10pasang kot, key chain puluh2, turkish delight, perhiasan rumah n mcm2 lagi. tp Alhamdullillah tak over budget, under budget lagi ada.

9. Nak naik public transport mcm tram kalau korang stay >=3 hari, aku suggest korang beli Istanbul kart. Memang jimat. public transport utk kanak2 free yer..best..

10. byk lagi nak share info ni tapi tak ingat.
Ape2 korang message ler kalau ada benda yg korang nak tahu. 
Tp i remind balik. percutian ni is Within Istanbul jer k. kitaorg tak pegi belah Asia pun sbb bwk kanak2 kan. Insya-Allah bila anak2 dah besar ckit, akan kami jelajah turkey sebelah Asia plak.




Kebab oh kebab...



Grand Baazar

Makam tak ingat..






Ni Gambar masa naik Cruise ke Laut Bosphorus. Trip dalam 2 jam. 



Tuesday, 28 May 2013

Istanbul Aku Datang

Dah lama tak tengok blog.. tak ingat..busy dengan keje n dengan anak2 lagi.. ni pun sempat update kat opis jer..kat rumah totally tak sempat..even nak angkat phone pun tak sempat.. ok.. tengok tajuk memang kompen terpikir ceriter Istanbul Aku Datang.. tp ni takde kaitan pun dengan ceriter tu.. ni betul2 nak pegi Istanbul. Tiket pun dah confirmed..


Insya-Allah jikalau tiada halangan dan rintangan bulan September 2013.. 
"Istanbul...Kami Sekeluarga Datang...Wooohooo...."

Banyak benda yg perlu dirancang sbb kitaorg pergi tanpa travel agent. Alhamdullilah hotel and apartment dah selesai booking. Kami sekeluarga pergi tak lama, dalam  6D 5 N jer. Perancangan seterusnya nak susun atur aktiviti (itinerary) selama kitaorg berada di Istanbul nati. So, senang nak kira budget memandangkan kitaorg bergerak just guna public transport. Risau gak nak travel dengan anak2 kecik nie. Semoga semua berjalan dengan lancar.
Actually ni 1st time pegi oversea bersama keluarga sendiri, selama aku hidup, satu2 je oversea yg aku penah pegi adalah Brunei..tak ada la oversea sgt sbb sebelah kampung aku Miri jer..huhuhuhu...tu pun pegi sebab kenduri kawin sedara sepupu..

Mula2 terpikir jugak, member2 pegi bandung, jakarta , medan , ada yg gi vietnam, beijing dan bla..bla..bla..
hemm teringin nak gi jalan2 jugak..tp dah letak syarat awal2 kat husband.. nak pegi maner2 kena bawak anak2.. asalnya nak gi beijing, tp husband ckp, dah alang2 pegi oversea biarla jauh.. so the first thing in mind , Istanbul la..hehehe
ok..la..tak leh nak update panjang.. kang bosan pulak membaca.. next..

Wednesday, 24 April 2013

It's Official: Permit Bibik

Syukur Alhamdullillah setelah hampir setengah tahun menunggu, akhirnya bibikku bekerja secara halal dan sah di Malaysia. Dimaklumkan oleh pihak Imigresen kena buat 3 bln awal utk renew permit. So bulan 7/8 nati kena buat balik. Tak perlu ke imigresen, terus buat fomema dan tunggu result, pastu baru ke Imigresen. 

Thursday, 11 April 2013

Result Fomema

Lepas buat check-up kat maid... tunggu punya tunggu Alhamdullilah..result dah keluar n syukur sgt2 lulus dan boleh proceed ke kaunter imigresen untuk pembayaran pelekat. Maksudnya bibik aku akan officially bekerja secara halal la di Malaysia..yeaa..tak perlu risau n bimbang lagi..Tp nak p buat permit kat imigresen Putrajaya tak tahu bila..Last week baru balik Kelantan, penat tak hilang lagi sbb balik dr sana, anak2 demam n selsema pulak. Next week la kot.Tp yang tak syoknya bibik masuk Malaysia Nov2012 so permitnya akan expired setahun dari bibik masuk Malaysia so it will expired on this Nov2013. Kena buat lagi fomema nati..



Wednesday, 27 March 2013

Beli Tanah

Tanggal 21 March lepas balik my hometown with the kids..penat memang tidak kepalang..tapi berbaloi2. Alhamdullilah hajat dah sampai untuk memiliki tanah Lot sendiri. Syukur, Alhamdullillah dan jangan lupa semua ini pinjaman dari Yang Maha Esa dan semua ini adalah hak-Nya.

Sebenarnya niat nak beli tanah dah lama dalam bulan Oktober tahun lepas lagi. Mula2 usha sekeliling Selangor. Nyaris terbeli rumah Lot Banglo di Bandar Akademia, Semenyih dengan tawaran harga yang murah n tanah dalam seluas 50X80 (4000sq feet) luas rumah xtahu la pulak.Then bila pikir n teringatkan kawasan yang jauh kedalam and belum ada apa2 lagi pembangunan di sekitar. terus tak jadik n amik balik duit rm 100 time booking tu. Usha plak kat Kelantan, kg husband, pun sama, nak beli bole tapi under my name tak bole. so cancel jugak..lastly i'm thinking of my hometown since Bandar Miri dah makin maju, why not beli tanah kat sana. Actually dapat tanah ni pun sbb broker kol n dia tahu  aku tengah cari tanah. With keluasan 7800+ sq feet dgn harga yang murah2 giler, tanpa pk panjang aku terus kata ok let sign an agreement. 

Jarak Lot banglo ni dari pusat Bandar Miri is only 15min, from Airport Miri is 10 min, shopping complex is 10 min, and the best dari rumah mak is only 15-20min. Terbaek. Mcmana kitaorg bole dpt harga murah is because owner tanah ni amat memerlukan duit, so owner tanah willing to give best price. Alhamdullilah, rezeki kan. Estimated Lot Banglo around Miri is about 85k-150k or higher, depends kepadatan penduduk, rumah sekeliling n keluasan tanah. 

Aku kerja di Selangor, kenapa beli tanah kat sarawak. Husband plak org kelantan, nak pindah ke Sarawak ker? hehehe.. no..no..no.. dekat pencen or bila pencen nati. tak pun nak buat rumah untuk persinggahan kalau balik sarawak. Buat masa ni sebagai aset kekal kitaorg la.. kalau kata nak jual balik pun dah tentu untung besar.. so simpan je la dulu. kalau duit cukup naik banglo pun cantek jugak hehehe... tp buat masa terdekat ni tak ler kot..tunggu 10thn lg..hehehe..

Sekarang ni duduk rumah sendiri, dah beli rumah di Bandar Enstek near KLIA, LCCT, Litar Sepang. rumah teres 2tgkat jela mampu pun..Alhamdullilah..

My target dah tercapai. Syukur sangat segala dipermudahkan. Tunggu ambil geran n full payment kepada owner jer lagi... Our next target is tanah di kelantan plak. baru adil kan..hehehe..

Thursday, 7 March 2013

Yeay Permohonan dan Lulus

Alhamdullilah, setelah berbulan-bulan tunggu, akhirnya dapt result LULUS. takut jugak tak lulus tp syukur sgt2. Permohonan pun dan diluluskan. so bermula lah prosedur seterusnya...



Hari ni jugak aku pegi imgresen HQ untuk bayar and amik surat kelulusan.Next week pegi seremban untuk byr FOMEMA. Tang Fomema plak yang merisaukan kot2 ada problem..hopefully semua berjalan dgn lancar..

Tuesday, 26 February 2013

Cuti Dibekukan Untuk Penjawat Awam

Telah menjadi rutin harian, pagi2 check emel rasmi jabatan, and pelik bin ajaib timbul..receive emel Pembekuan Cuti Rehat, hemmm....sepatutnya kalau time mengundi kena la bagi cuti tp ni plak cuti dibekukan..mcmmana nak mengundi nie...mengundi pun entah biler...cepat2la bubar parlimen tu..tak sabar nk tengok org bertanding n tunggu keputusan..i'm not into politics tp harap2 negara kita aman dan selamat, besyukur dengan apa yang ada sekarang dengan nikmat yang Allah dah berikan..

bercakap pasal politik, i'm neutral, not against gov nor pembangkang..yang penting mana yang terbaik..so let it be pembangkang plak yang memerintah..then we see for 5 years to come..if tak ok then we change our minds..hehehe..teruk tak..tp paling kritikal sgt utk tukar pemerintah is for Sarawak.. please la Taib.. dah lamak dah u memerintah.. give others plak bah..rumah kata pegi , kubur kata mari..bini kata pegi, duit kata mari..aduhh.. yalah susah org tua tok..but i pray for the best of Sarawak since i'm Sarawakian...kalau lah aku bole mengundi pos kan senang..hemm...

Wednesday, 20 February 2013

SkyBox TV

Asal murah, berkualiti dan puashati.. heemmm skrg dok survey device yang bole tengok semua channel asteruk dengan bayaran yang murah..so far dok berkenan kat F5..
Bayaran starting pack is Rm 460-540 utk device included langganan anually (rm220-250), yg kena sediakan sendiri ialah internet at least 512kbps, xkisah la korg nk pakai broadband or lease line and of course tv ler kena ader..selamat mencuba..

Laksa Sarawak

Arrghh.. dah lama dah nk masak laksa sarawak nie..bila la ada kesempatan nak masak..

ok..let it be like this.. it will be my target this sunday for the family..nak buat sarawak style dgn perencah laksa dr Hj Manan yg glamour itu..dan yang paling penting nak tambah udang byk2 sbb i'm a seafood lover..adoi..xsabar rasanya.. 

Status Baru

Salam,

dah lama xupdate.. here's my story..

after 2-3 month submit borg kat hq imigresen utk aply jp visa maid, baru semalam keluar result status borg, itupun dgn status "BARU" ..lama betul itupun belum status "LULUS"..kena menunggu lagi..hopefully diluluskan sbb penat karang ayat2 yang sedih2 kenape perlukan maid.. so pas ni sapa yg apply maid by Jp Visa..hrp2 bersabar la ye..
dalam tempoh menunggu, pastikan surat terima masa kita submit borg hari tu disimpan elok2 k. in case kalau maid kena tanya, bekerja tak ada permit, kita tunjuk jer surat tu.. bukan kita yg tak appy permit, process yang lambat n pending kat pihak imigresen..so jgn risaula..bukan salah kita simpan maid overstay lebih 30days dr tempoh lawatan sosial diorg..

maid plak, so far maid dah hampir keja 6 bln.. alhamdullilah tiada masalah... risau gak nie dgn kes maid lempar and baling anak n takda permit...
ari ni plak..baca metroll...maid kena samun..hemm..mcm2 masalah..mintak dijauhkan...
Anak2 pun dah selesa dgn bibik, so it should be ok..sejak ada bibik nie..kurang dah bebanan nak kemas2 rumah ari sabtu. dah tak perlu iron baju.. almaklumla..ni 1st maid..sblum nie xpernah ada maid.. buat sendiri jer semua...