Just nak sharing pengalaman ke Istanbul;
1. korang kena check cuaca kat Istanbul at the time of your arrival, kalau 20-27 C, tak perlu la baju2 sejuk, pakai baju2 biasa jer, pakai cardigan pun dah ok kalau rs sejuk. Time ni dengan suhu mcm ni,consider peak season, so memang ramai la manusia. Tp jimat belanja tak perlu beli baju sejuk yang tebal harga Rm ratus2 tu.
2. Kasut, pakai la kasut yang paling comfortable, mahal pun tak apa sbb yang penting selesa sbb korang akan byk berjalan nati. Anak2 pakai kasut sukan yang selesa n ringan pun dah ok.
3. Kalau korang plan nak visit within Istanbul sahaja, aku rekomen stay area near Sultanahmet sebb korang boleh jalan kaki jer ke Hagia Sofyia and Blue Mosque. So kalau korang bosan malam2, anak2 dah tido..korang merayap la sorang2 ke sini.. jalan dalam 5-10 minit jer.. Tram pun berdekatan kalau korang nak gi ke tempat lain.
4. Bab hotel plak terpulang pada korang, if family, aku suggest sgt2 sewa apartment yg serba lengkap sbb senang korang nak masak, panas lauk, buat susu anak, basuh baju (maklumla bawak budak2), masak bubur n so on. So mcm aku, aku sewa apartment, so bole la aku masak sup n nasi himpit/bubur sbb anak2 3 org nak kena suap. Kat Istanbul ada jual nasi (Pilaf/Pilav), tp nasi dia kenyal ala nasi pulut gitu..harga a bit high tp makan tetap makan.
Aku siap bawak beras dr Malaysia, sbb plan awal2 nak masak utk anak, takut diorg tak lalu makanan luar.
5. Kalau korang buat gerakan solo atau pasangan tanpa anak2, sewa hotel je la.. Lagipun sewa hotel and apartment kat sini is very affordable kalau korang pandai search.
6.Pasal tour guide or agent:
Totally tak perlu, kalau setakat nak jalan2 dalam Istanbul, i dont think so perlukan agent.. jalan kat Istanbul as easiest abc. Aku yang anak 3 org, ok jer jalan kat Istanbul, sesat ada la tp xda la sesat sampai kelaut.. hahaha... ape2 korang bole tanya jer org, diorg tak reti ckp eng but they are so friendly and akan tunjuk jalan pakai isyarat tngan jer.yang penting korang study Map utk public transport (Tram) n jalan2 di Istanbul. Set destination korang nak p mana n hafal la cikit. Aku tak penah hafal pun, automatik benda tu melekat kat kepala hotak.. sbb excited punya pasal. Bak kata, laluan tram kat Istanbul tu aku bole ingat dah, so memang senang.
7. Kalau korang start jalan2, jgn lupa bawak la cekedis, biskut2 kecik, air mineral, sbb kadang tiba2 jer perut lapar, street food ada byk, tp harga memang bole tahan bg org yg budget. tp hari2 mkn kebab pun muak jugak ler. dah ler kebab diorg takada mayonis and cili sos. So bawak la siap2 packet sos dengan korang ya. Satu lagi, roti diorg kalau bawak balik rumah dah keras mcm batu, elokla kalau balik apartment ada microwave nak panaskan. kalau tak xpayahla bwk balik..habiskan terus.
8. Souvenir, key chain, pingan mangkuk, perhiasan:
Ok. ni mesti beli bila p mana2 sbb mesti org request ole2kan. So, price kira okla, tak mahal sgt. bole mampu beli lagi. sbb aku pegi hari tu pun byk gak beli, baju ada dekat 10pasang kot, key chain puluh2, turkish delight, perhiasan rumah n mcm2 lagi. tp Alhamdullillah tak over budget, under budget lagi ada.
9. Nak naik public transport mcm tram kalau korang stay >=3 hari, aku suggest korang beli Istanbul kart. Memang jimat. public transport utk kanak2 free yer..best..
10. byk lagi nak share info ni tapi tak ingat.
Ape2 korang message ler kalau ada benda yg korang nak tahu.
Tp i remind balik. percutian ni is Within Istanbul jer k. kitaorg tak pegi belah Asia pun sbb bwk kanak2 kan. Insya-Allah bila anak2 dah besar ckit, akan kami jelajah turkey sebelah Asia plak.
Kebab oh kebab...
Grand Baazar
Makam tak ingat..
Ni Gambar masa naik Cruise ke Laut Bosphorus. Trip dalam 2 jam.